


Salam atasmu dan semua yang beriman pada tuhan yang Maha Esa...
Duhai kalbu yang kurindu, harap sentiasa dalam maghfirah dan kasih sayang Tuhanmu..jua Tuhanku. Maaf andai warkah ini mengganggu tugasmu kerna aku amat sedar dan mengerti akan beratnya rutin harianmu. Namun terpaksa jua kucoret dan kutarika pena ini lantaran rinduku terhadapmu tak dapat aku bentengi lagi.
Duhai kalbuku,
ini dari aku, diriku dan rohku. Maka jgn kau ragui apa yang kukhabarkan htentangmu kelak. Mungkin aku belum lagi sempurna untukmu..menegurmu...mengawalmu.. atau apa sahaja keatasmu, namun kalbuku, engkau adalah amanah dari Penciptaku jua Penciptamu.Lalu atas dasar kasih dan tanggungjawab ini, aku layangkan jua buat mu apa yang terbuku..
Duhai kalbuku,
mengapa akhir ini kulihat dikau terlalu rapuh dan lemah? Mengapa terlalu mudah untuk menerima segala yang munkar? Mengapa terima sekalipun engkau tahu bhw engkau yang akan tersakiti? Mengapa biar dengki itu menyapamu.. lalu kau sambut dgn mesra dan senyum mekar..Mengapa biar cemburu membunuh belasmu? yang sekian lama kau semai atas dasar ukhwah di jalanNya
Duhai kalbuku,
Mengapa kau izin sumpah seranah itu menjadi temanmu? apa kau lupa duhai hati, bhawa itu akan memadam mesra dan kasihmu sesama sahabat jua saudara..Atas dosa apakah kau hukum mereka sesukamu? Atas sebab apakah kau izin keseronokan maksiat bermaharajalela di perkarangan singgahsanamu? yang selama ini kita hias lalu menjaganya bersama...
Atas salah apakah lantas begini hukummu padaku..
Duhai kalbuku,
Kukira kau amat tahu dan mengerti betapa aku amat menyayangimu. Kerna tida gantinya lagi selepasmu. Sedarlah bahawa kasihku padamu tiada terbatas lagi..
tiada lagi yang lebih kucinta dan kurindu kerna engkau adalah diriku dan aku adalah engkau wahai kalbuku.
Lantaran ikatan itu apa sahaja yang bertamu dan bersahabat dgn mu terus sahaja akan menjadi temanku dan akrab dgnku. Dan temanku itu nanti akn menjadi sebahagian dari hidupku dan jua hidupmu duhai kalbu..
Duhai kalbuku,
apakah itu mahumu? Apakah engkau mahu dengki itu menjadi amalanku? Apakah engkau mahu cemburu buta itu sikapku? Apakah kau terlalu ingin melihat aku gembira bersama dosa ku? Apa kau mahu aku membenci dan iri hati pada saudara seagamaku sendiri? atau kau terlalu ingin yang mazmumah itu menjadi perhiasanku?
Duhai kalbuku,
Jangan begini.. tolong jangan begini lakumu, kumohon duhai kasihku.. sungguh kupohon dari segenap jiwa ragaku agar jangan kau teruskan lagi permainan yang begini...
aku tak sanggup lagi membiar dirimu terus luka, gelap dan semakin menghitam.. lalu semakin jauh dari Penciptamu. Aku bimbang duhai kalbu, andai kelak masanya tiba kita akan dipanggil oleh Al Khaliq tanpa aku sempat merawatmu.Apa aku akan bertemuNya dgn kehitaman noda dosa yang kuhias padamu? Apa akan kujawab kelak pabila aku disoal akan tanggungjawabku untuk menjaga dan mengindahkanmu?
Apa duhai kalbuku? Apa?
Duhai kalbuku,
Kembalilah pada fitrahmu. Kumohon dan kurayu...Hiduplah dalam kasih dan redha Tuhanmu. Jangan kau biarkan lagi bisikan syaitan terkutuk itu singgah dan menapak di singgahsanamu.. Mari sucikan kembali halaman mu dengan tangis rayu di hadapan Illahi. Agar sinar keindahan hidayah dan taufiqNya bisa kembali lantas menerangimu dan takkan padam buat selamanya. Biar lakumu kali ini hanya drafa'kan buat yang selayaknya..Biar cinta kita kembali melayah di bawah keagungannya.. untuk selamanya..Insyaallah, Ameen.

0 comments:
Post a Comment