CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 14, 2009

SAFINATUL IMAN..

Angin bertiup lembut.Petang sudahpun hampir luput waktunya. Sang Mentari mula menyembunyikan wajah disebalik biru samudera lalu melimpahkan cahaya perang yang amat pilu. Safinatul Iman terus meredah lautan kehidupan dengan gagah dan tegar bermandikan cahaya senja. Bahtera itu seolah tidak pernah menghirau badai ombak yang menampar tubuhnya. Kicauan beburung yang kembali ke sarang seolah menjadi melodi terindah tatkala senjakala itu berlabuh. Nah, itulah ciptaan Yang Maha Kuasa yang tak tertandingi, tetap dihampar tanpa ada kekurangan walau hambanya seringkali lupa padaNya.
Panglima itu masih disitu. Seolah tenggelam dalam lukisan indah hadiah Sang Pencipta. Renungannya jauh seolah melawan mentari.. di sudut Safinatul Iman itulah, dia seperti mentafsir keunikan alam yang terbentang dihadapannya. Dialah, Panglima Hafizuddin… Kapten sebuah bahtera yang terbina atas dasar ukhwah fillah bergelar Safinatul Iman. Senja itu seperti senja-senja sebelumnya, dia setia bertafakur disitu. Barangkali warna merah senja sebegitu bisa mengingatkan dirinya agar menilai kembali setiap khilaf atau mungkin mengembalikan kekuatannya agar besok hari dia masih mampu kembali bersinar sebagaimana Sang Mentari. Maklumlah ini merupakan pelayaran pertama Safinatul Iman. Pelayaran di Lautan UiTMerbok sememangnya tidak pernah menjanjikan kesenangan dan kenikmatan lahiriah. Namun panji-panji Allah tetap perlu ditegakkan di setiap pelosok bumi ini dan itulah yang tergalas di bahu setiap yang bergelar khalifah. Atas alasan itulah, nikmat dunia bukanlah impian warga Safinatul Iman tapi keredhaan Allah lebih diutama.
Memasuki perut bahtera, Musolla iman mulai meriah dengan alunan ayat-ayat kalamullah. Kelihatan pembantu tertinggi Safinatul Iman, Komander Marlisa mulai menghampar sejadah di kawasan muslimat. Lazimnya Amirah bahtera itulah yang terawal dalam setiap sesuatu lantas membuat penghuni Safinatul Iman hormat padanya. Beberapa detik sebelum azan Maghrib dilaungkan, hamper semua warga bahtera sudah berada di perkarangan musolla menjadi tetamu di rumah Allah itu. Azan Maghrib kemudian bergema serentak kesunyian melanda seluruh bahtera. Azan syahdu saat sunyi begitu mampu menggetarkan setiap hati-hati yang mendengarnya. Solat jemaah didirikan, di tempat azan dilaungkan, serentak , sejagat… tenggelam dalam kedamaian al-Fatihah. Seusai solat doa dipanjat dan diamin bersama.. bersama seluruh warga alam. Lantas masing-masing bangun kembali melaksanakan solat ba’diah, menutupi kekurangan pada yang fardhu.
Seperti biasa, kuliah maghrib akan bermula beberapa minit dari sekarang. Tit…tit..tit.. projector yang terletak di setiap sudut hadapan musolla mula membentuk imej seseorang… lalu wajah komander dari bahagian Pertahanan Safinatul Iman, Komander Pokya mula menghiasi. Riak wajah terkejut dan sangsi setiap warga musolla tidak dapat diembunyikan lagi. Ini adalah kerana menurut Informer bahtera. Komander Ifwat dan Komander Naquiah, pengendali kuliah maghrib kali ini adalah imam mereka sebentar td iaitu Komander Naim dari Bahagian Teknikal. Namun dalam kekecohan itu, kebanyajan warga kapal kelihatan menghela nafas lega kerana baru terlepas dari mendengar tazkirah ‘ringkas’ Komander Naim yg kadangkala sukar ditentukan penghujungnya. “ehem.. Assalamualaikum semua. Perhatian.. maaf kerana mengambil masa sedikit..” Komander Pokya mula mengawal keadaan. “sebenarnya saya ada satu berita yg agak sadis namun terpaksa jua saya khabarkan pada semua. Selaku komander dr bahagian Pertahanan, saya ingin mengingatkan bahawa mulai mala mini rebut taufan HEP kemungkinan besar melanda lautan UiTMerbok. Pelayaran kita akan terganggu dan mungkin tergendala. Diharap semua komander bahagian mengambil inisiatif sewajarnya apabila dirasakan perlu ye. Saya rasa semuanya jelas di sini dan semua surat-menyurat selepas ini tidak akan dilayan. Harap maklum, salam semua” kekagetan mula menyelubungi Safinatul Iman. …………..
******************************************************************************
Apakah sebenarnya yang melanda Safinatul Iman?
Dapatkah warga bahtera menghadapinya?
Apakah itu taufan HEP? ( pssst: hentikan usaha anda untuk mencari tntang taufan ini di National Geographic krn itu hanya sia-sia)
p/s kpd bebudak Iman, apakah watak anda di dalam lakonan ini hehe? Nantikannya..

6 comments:

Maisarah said...
This comment has been removed by the author.
Maisarah said...

ak jd ape ek? cepatlah taip...saspen lak ak rase...kalo ak bg blog ko ni, kt bdak2 IMAN yg len, ok tak?

Anonymous said...

that's funny! u can be a writer. u got da talent mate

yanayahya said...

thanx!! hehe but im not da good one.. this is just to relax my mind.. n for fun!!
for maie, bwakkan bersabo ye wakaka
tp jgn terkejut kalo watak ko cme
tukang cuci lantai kapal haha

yanayahya said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

update2!