Angin bertiup lembut.Petang sudahpun hampir luput waktunya. Sang Mentari mula menyembunyikan wajah disebalik biru samudera lalu melimpahkan cahaya perang yang amat pilu. Safinatul Iman terus meredah lautan kehidupan dengan gagah dan tegar bermandikan cahaya senja. Bahtera itu seolah tidak pernah menghirau badai ombak yang menampar tubuhnya. Kicauan beburung yang kembali ke sarang seolah menjadi melodi terindah tatkala senjakala itu berlabuh. Nah, itulah ciptaan Yang Maha Kuasa yang tak tertandingi, tetap dihampar tanpa ada kekurangan walau hambanya seringkali lupa padaNya.
Panglima itu masih disitu. Seolah tenggelam dalam lukisan indah hadiah Sang Pencipta. Renungannya jauh seolah melawan mentari.. di sudut Safinatul Iman itulah, dia seperti mentafsir keunikan alam yang terbentang dihadapannya. Dialah, Panglima Hafizuddin… Kapten sebuah bahtera yang terbina atas dasar ukhwah fillah bergelar Safinatul Iman. Senja itu seperti senja-senja sebelumnya, dia setia bertafakur disitu. Barangkali warna merah senja sebegitu bisa mengingatkan dirinya agar menilai kembali setiap khilaf atau mungkin mengembalikan kekuatannya agar besok hari dia masih mampu kembali bersinar sebagaimana Sang Mentari. Maklumlah ini merupakan pelayaran pertama Safinatul Iman. Pelayaran di Lautan UiTMerbok sememangnya tidak pernah menjanjikan kesenangan dan kenikmatan lahiriah. Namun panji-panji Allah tetap perlu ditegakkan di setiap pelosok bumi ini dan itulah yang tergalas di bahu setiap yang bergelar khalifah. Atas alasan itulah, nikmat dunia bukanlah impian warga Safinatul Iman tapi keredhaan Allah lebih diutama.
Memasuki perut bahtera, Musolla iman mulai meriah dengan alunan ayat-ayat kalamullah. Kelihatan pembantu tertinggi Safinatul Iman, Komander Marlisa mulai menghampar sejadah di kawasan muslimat. Lazimnya Amirah bahtera itulah yang terawal dalam setiap sesuatu lantas membuat penghuni Safinatul Iman hormat padanya. Beberapa detik sebelum azan Maghrib dilaungkan, hamper semua warga bahtera sudah berada di perkarangan musolla menjadi tetamu di rumah Allah itu. Azan Maghrib kemudian bergema serentak kesunyian melanda seluruh bahtera. Azan syahdu saat sunyi begitu mampu menggetarkan setiap hati-hati yang mendengarnya. Solat jemaah didirikan, di tempat azan dilaungkan, serentak , sejagat… tenggelam dalam kedamaian al-Fatihah. Seusai solat doa dipanjat dan diamin bersama.. bersama seluruh warga alam. Lantas masing-masing bangun kembali melaksanakan solat ba’diah, menutupi kekurangan pada yang fardhu.
Seperti biasa, kuliah maghrib akan bermula beberapa minit dari sekarang. Tit…tit..tit.. projector yang terletak di setiap sudut hadapan musolla mula membentuk imej seseorang… lalu wajah komander dari bahagian Pertahanan Safinatul Iman, Komander Pokya mula menghiasi. Riak wajah terkejut dan sangsi setiap warga musolla tidak dapat diembunyikan lagi. Ini adalah kerana menurut Informer bahtera. Komander Ifwat dan Komander Naquiah, pengendali kuliah maghrib kali ini adalah imam mereka sebentar td iaitu Komander Naim dari Bahagian Teknikal. Namun dalam kekecohan itu, kebanyajan warga kapal kelihatan menghela nafas lega kerana baru terlepas dari mendengar tazkirah ‘ringkas’ Komander Naim yg kadangkala sukar ditentukan penghujungnya. “ehem.. Assalamualaikum semua. Perhatian.. maaf kerana mengambil masa sedikit..” Komander Pokya mula mengawal keadaan. “sebenarnya saya ada satu berita yg agak sadis namun terpaksa jua saya khabarkan pada semua. Selaku komander dr bahagian Pertahanan, saya ingin mengingatkan bahawa mulai mala mini rebut taufan HEP kemungkinan besar melanda lautan UiTMerbok. Pelayaran kita akan terganggu dan mungkin tergendala. Diharap semua komander bahagian mengambil inisiatif sewajarnya apabila dirasakan perlu ye. Saya rasa semuanya jelas di sini dan semua surat-menyurat selepas ini tidak akan dilayan. Harap maklum, salam semua” kekagetan mula menyelubungi Safinatul Iman. …………..
******************************************************************************
Apakah sebenarnya yang melanda Safinatul Iman?
Dapatkah warga bahtera menghadapinya?
Apakah itu taufan HEP? ( pssst: hentikan usaha anda untuk mencari tntang taufan ini di National Geographic krn itu hanya sia-sia)
p/s kpd bebudak Iman, apakah watak anda di dalam lakonan ini hehe? Nantikannya..
Saturday, March 14, 2009
SAFINATUL IMAN..
Posted by yanayahya at 11:44 AM 6 comments
The Price of Warrior's Cries..
aku slalu doa agar aku jd org yang sabar, dgn sgala ujian, dgn segala rintagn dlam kehidupan yg mmg x penah lekang ngan ujian. Aku slalu doa agar jadi tabah setabah para sahabat Nabi, yg akhirnya ketabahan itu mnjadikan Islam smpai kpdaku.. aku slalu minta supaya Allah x pisahkan aku dr rahmat and kasih sayangNya yg x pernah terbatas.. aku slalu mohon Allah supaya pelihara hatiku dan pimpin hati ini dgn tarbiahNya… aku slalu mohon agar Allah hiasi aku dgn sifat mahmudah… slalu..slalu sgt tapi…
Posted by yanayahya at 8:15 AM 0 comments
When a warriors cries..

With the name of Allah, the most merciful, the most gracious
10 March 2009Ari ni present psychology kat klas. Hu semangat berkobar-kobar coz nak wat yang terbaik. Oleh krn semangat yg luar biase neyh aku da prepare slide show 1 week b4 da day that we re goin to present. Dgn bersungguh-sungguh aku cari information n memerah segala ke’kreatif’an aku utk wat slide y menarik. Aku tanak nnt aku cakap kt depan tp org kt blakang tidoo.. there4 aku kene bekrja keras sebaik mungkin utk bagi x boring. Mlm b4 present aku tido kol 2.30 pg cos nak piker camne nak terang kat kelas
sok bg sume paham. Almaklumla, English ak bukanla tahap band 5 muet, so nak tak nak mmg kene prepare tahap gaban. Mlm tuh around 10, ibu tepon n sembang lame gak sempat aku suh ibu doa for my presentation esok. Pagi mmg trbangun lwt sket tp kelewatan tu still x menyebbkan semangat aku pudar sket pon. Sambil bergaya dpn cermin aku cakap kat diri “ huh, u can do da best! Go Yana!! Fighting until the end!!” hurm semangat tak haha. Klas kol 12. B4 that 2 hours we spend time at discussion room PSB. Blek tu la jd saksi aku ngan group aku berlatih tnpa jemu dan bosan. Segalanya krn nak wat yg TERBAIK. Tik..tik..tik.. masa trus berlalu ….kol 1145!! Ktorng bergegas ke blek MK7. Kat situlah ktorang punyer medan perang ari nih..
Posted by yanayahya at 3:48 AM 4 comments
Sunday, March 1, 2009
Warkah rindu buat Sang Kalbu



Posted by yanayahya at 7:30 AM 0 comments
Wednesday, October 22, 2008
Atas Nama Cinta

rela aku korbankan impian yang tersimpan engganku keasyikan
gusar keindahannya merampas ras cinta pada Dia yang lebih sempurna

Posted by yanayahya at 8:37 PM 0 comments
Labels: yanayahya


