CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 14, 2009

SAFINATUL IMAN..

Angin bertiup lembut.Petang sudahpun hampir luput waktunya. Sang Mentari mula menyembunyikan wajah disebalik biru samudera lalu melimpahkan cahaya perang yang amat pilu. Safinatul Iman terus meredah lautan kehidupan dengan gagah dan tegar bermandikan cahaya senja. Bahtera itu seolah tidak pernah menghirau badai ombak yang menampar tubuhnya. Kicauan beburung yang kembali ke sarang seolah menjadi melodi terindah tatkala senjakala itu berlabuh. Nah, itulah ciptaan Yang Maha Kuasa yang tak tertandingi, tetap dihampar tanpa ada kekurangan walau hambanya seringkali lupa padaNya.
Panglima itu masih disitu. Seolah tenggelam dalam lukisan indah hadiah Sang Pencipta. Renungannya jauh seolah melawan mentari.. di sudut Safinatul Iman itulah, dia seperti mentafsir keunikan alam yang terbentang dihadapannya. Dialah, Panglima Hafizuddin… Kapten sebuah bahtera yang terbina atas dasar ukhwah fillah bergelar Safinatul Iman. Senja itu seperti senja-senja sebelumnya, dia setia bertafakur disitu. Barangkali warna merah senja sebegitu bisa mengingatkan dirinya agar menilai kembali setiap khilaf atau mungkin mengembalikan kekuatannya agar besok hari dia masih mampu kembali bersinar sebagaimana Sang Mentari. Maklumlah ini merupakan pelayaran pertama Safinatul Iman. Pelayaran di Lautan UiTMerbok sememangnya tidak pernah menjanjikan kesenangan dan kenikmatan lahiriah. Namun panji-panji Allah tetap perlu ditegakkan di setiap pelosok bumi ini dan itulah yang tergalas di bahu setiap yang bergelar khalifah. Atas alasan itulah, nikmat dunia bukanlah impian warga Safinatul Iman tapi keredhaan Allah lebih diutama.
Memasuki perut bahtera, Musolla iman mulai meriah dengan alunan ayat-ayat kalamullah. Kelihatan pembantu tertinggi Safinatul Iman, Komander Marlisa mulai menghampar sejadah di kawasan muslimat. Lazimnya Amirah bahtera itulah yang terawal dalam setiap sesuatu lantas membuat penghuni Safinatul Iman hormat padanya. Beberapa detik sebelum azan Maghrib dilaungkan, hamper semua warga bahtera sudah berada di perkarangan musolla menjadi tetamu di rumah Allah itu. Azan Maghrib kemudian bergema serentak kesunyian melanda seluruh bahtera. Azan syahdu saat sunyi begitu mampu menggetarkan setiap hati-hati yang mendengarnya. Solat jemaah didirikan, di tempat azan dilaungkan, serentak , sejagat… tenggelam dalam kedamaian al-Fatihah. Seusai solat doa dipanjat dan diamin bersama.. bersama seluruh warga alam. Lantas masing-masing bangun kembali melaksanakan solat ba’diah, menutupi kekurangan pada yang fardhu.
Seperti biasa, kuliah maghrib akan bermula beberapa minit dari sekarang. Tit…tit..tit.. projector yang terletak di setiap sudut hadapan musolla mula membentuk imej seseorang… lalu wajah komander dari bahagian Pertahanan Safinatul Iman, Komander Pokya mula menghiasi. Riak wajah terkejut dan sangsi setiap warga musolla tidak dapat diembunyikan lagi. Ini adalah kerana menurut Informer bahtera. Komander Ifwat dan Komander Naquiah, pengendali kuliah maghrib kali ini adalah imam mereka sebentar td iaitu Komander Naim dari Bahagian Teknikal. Namun dalam kekecohan itu, kebanyajan warga kapal kelihatan menghela nafas lega kerana baru terlepas dari mendengar tazkirah ‘ringkas’ Komander Naim yg kadangkala sukar ditentukan penghujungnya. “ehem.. Assalamualaikum semua. Perhatian.. maaf kerana mengambil masa sedikit..” Komander Pokya mula mengawal keadaan. “sebenarnya saya ada satu berita yg agak sadis namun terpaksa jua saya khabarkan pada semua. Selaku komander dr bahagian Pertahanan, saya ingin mengingatkan bahawa mulai mala mini rebut taufan HEP kemungkinan besar melanda lautan UiTMerbok. Pelayaran kita akan terganggu dan mungkin tergendala. Diharap semua komander bahagian mengambil inisiatif sewajarnya apabila dirasakan perlu ye. Saya rasa semuanya jelas di sini dan semua surat-menyurat selepas ini tidak akan dilayan. Harap maklum, salam semua” kekagetan mula menyelubungi Safinatul Iman. …………..
******************************************************************************
Apakah sebenarnya yang melanda Safinatul Iman?
Dapatkah warga bahtera menghadapinya?
Apakah itu taufan HEP? ( pssst: hentikan usaha anda untuk mencari tntang taufan ini di National Geographic krn itu hanya sia-sia)
p/s kpd bebudak Iman, apakah watak anda di dalam lakonan ini hehe? Nantikannya..

The Price of Warrior's Cries..


With the Name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful
Akhirnya lepas sume ni berlalu dgn penuh keperitan dan mmbuat aku terduduk lesu tnpa kata, aku dpt rasakan sesuatu. Yg tdk mmpu tergambar either through action or words. Deep in ny heart I felt somethins great and calm.. when it happen like diz, it make me think that what re da mistakes in my way or maybe in my daily lives b4. And tetibe aku trfikir sesuatu yg maybe ramai org da pernah fikir pon b4 diz. I still remember my daily pray to Allah..
aku slalu doa agar aku jd org yang sabar, dgn sgala ujian, dgn segala rintagn dlam kehidupan yg mmg x penah lekang ngan ujian. Aku slalu doa agar jadi tabah setabah para sahabat Nabi, yg akhirnya ketabahan itu mnjadikan Islam smpai kpdaku.. aku slalu minta supaya Allah x pisahkan aku dr rahmat and kasih sayangNya yg x pernah terbatas.. aku slalu mohon Allah supaya pelihara hatiku dan pimpin hati ini dgn tarbiahNya… aku slalu mohon agar Allah hiasi aku dgn sifat mahmudah… slalu..slalu sgt tapi…

aku terfikir balek nape ble time Allah nak jadikan aku org yang penyabar aku berpaling dan mmberontak? Adakah aku dah lupa yg kesabaran itu akan dtg hanya dgn adanya ujian.. lebih berat dugaan itu maka lebih besar kesabaran yg dituntut.. knape ble Allah dah bagi peluang utk jadi org yg tabah, aku nak terima malah salahkan pihak itu dan ini pula..apakah aku telah lupa bhwa setelah iman diuji bru tabah akan hadir? Apakah aku telah lupa?? Knape ble Allah dah buka pintu rahmat dan kasih sayangNya seluasnya.. aku berpatah balik malah lari sejauhnya.. apakah aku telah lupa yang yg dihadapan pintu itu Allah tak pernah jnjikan kemewahan dan kesenangan melainkan duri-duri tajam yg x pernah mngenal mangsa.. knape aku tak benarkan tarbiah Allah memimpin hatiku tika saatnya tiba.. adakah aku telah benar-benar lupa yg tarbiah Allah bukanlah dgn kejayaan sekelip mata atau kegmbiraan yg berpanjangan melainkan akan dilengkapkan dgn darah dan air mata.. apakah aku benar-benar lupa dan alpa yg hidup dlm kasihNya tak pernah menjanjikan jln indah dipenuhi tawa riang.. apakh aku telah lupa??
Saat ini aku kmbali terduduk malah terkulai tanpa kata. Kebisuan menjadi bahasa diri. Serta merta aku jadi sgt malu. Malu dgn diri yg terlalu sombong dan bongkak dihadapan Dia yg Maha Agung. Aku jd malu dgn kejahilan yg membaluti kehidupan tanpa aku berusaha merungkainya hatta sedikit Cuma.. malu dgn diri ini yg masih tak erti bahasa Tuhan.. ya Allah… ampunkan.. ampunkan.. ampunkan.. aku erti kini..

When a warriors cries..


With the name of Allah, the most merciful, the most gracious
10 March 2009Ari ni present psychology kat klas. Hu semangat berkobar-kobar coz nak wat yang terbaik. Oleh krn semangat yg luar biase neyh aku da prepare slide show 1 week b4 da day that we re goin to present. Dgn bersungguh-sungguh aku cari information n memerah segala ke’kreatif’an aku utk wat slide y menarik. Aku tanak nnt aku cakap kt depan tp org kt blakang tidoo.. there4 aku kene bekrja keras sebaik mungkin utk bagi x boring. Mlm b4 present aku tido kol 2.30 pg cos nak piker camne nak terang kat kelas

sok bg sume paham. Almaklumla, English ak bukanla tahap band 5 muet, so nak tak nak mmg kene prepare tahap gaban. Mlm tuh around 10, ibu tepon n sembang lame gak sempat aku suh ibu doa for my presentation esok. Pagi mmg trbangun lwt sket tp kelewatan tu still x menyebbkan semangat aku pudar sket pon. Sambil bergaya dpn cermin aku cakap kat diri “ huh, u can do da best! Go Yana!! Fighting until the end!!” hurm semangat tak haha. Klas kol 12. B4 that 2 hours we spend time at discussion room PSB. Blek tu la jd saksi aku ngan group aku berlatih tnpa jemu dan bosan. Segalanya krn nak wat yg TERBAIK. Tik..tik..tik.. masa trus berlalu ….kol 1145!! Ktorng bergegas ke blek MK7. Kat situlah ktorang punyer medan perang ari nih..


1210pm bermulalah presentation ktorang yg dinnti-nantikan..aku pon memulakan dgn lafaz terindah lagi mulia bismillahirrahmanirrahim. Memule mmg lancar je pastu aku pass kt kwn aku ija.tp wktu mmg da trjadi smthing yg menyayat hati pon coz video yg aku usahakan siang n mlm xle nak pasng, seedy gler coz I really put a lot of hard work and spent a lot of time. Dye pon mule present part dye yg mmg dah dipractice dgn semangat nye 2 hours ago. Then as I can see mmg tjuk kitorang Berjaya menarik minat studnt len. Im not saying that we re expert n perfect or ktorang sgt best tp maybe tjuk eyewitness tu x blaja lagi so tu pasal dorang brminat hehe. Pastu tetibe je suara madam xx memech keheningan student yg sdng khusyuk.. “ ok u can stop rite now n move 2 the other presenter”. Mcm terkedu skejap.. slide ija separuh lagi x explain. Then dgn penuh akur ktorang pon move to next presenter that is Aah even hati ni Tuhan je yang tau. Selagi mampu aku tumpu perhatian pada presentation Aah tp da x mampu. Mmg tak keruan wktu tuh smpai nak bukak powerpoint jd slide show pon da tak reti huhu. Pastu Aah pon explain n x smpai 2 mnt da kene stop. Bleh kate x smpai suku pon slide dye yg dye smpat explain n lecturer suh ktorang wat conclusion. Mmg sebak tak tau nak ckap. Maybe xde org akn paham coz bukan dorang yg berpenat lelah nak wat sume neyh so mst dorang x paham betapa sedih dan pilunyer kitorang.

Waktu next group present, mmg da tak pay attention lgsung. Maafla pada group tuh coz muke mmg masam gler n nak nangis. Ija n Aah marah2 pon mmg da cam x dgr je… mase tuh mmg tak ckap paper lagi. Just tgk sekeliling tanpa makna …

Balek bilik n mmg nangis terus.. tp wktu tuh ade ramai plak tetamu kt dlam bilik so tanak ah nangis lelebih.. segan. But the main reason is, why me? Why my group? Nape group aku gak yg kene cmneyy?? Aku da usaha bagai nak rak smpai abaikan mende len... wktu tu la fikir what else I haven’t done . at that time the things that I imagine is maybe Allah juz dont want to give me the success… mcm2 aku tanye kat diri.mane silap aku?? Allah kate Dye akan bagi ganjaran pada org yang usaha.. tp nape aku?? X cukup ke usaha ini Ya Allah?? Aku dah lakukan semampuku.. lalu di mana lagi silapnya? Sometimes I feel really tired of this world..
really..really tired..

Sunday, March 1, 2009

Warkah rindu buat Sang Kalbu


Remove Formatting from selection










Salam atasmu dan semua yang beriman pada tuhan yang Maha Esa...




Duhai kalbu yang kurindu, harap sentiasa dalam maghfirah dan kasih sayang Tuhanmu..jua Tuhanku. Maaf andai warkah ini mengganggu tugasmu kerna aku amat sedar dan mengerti akan beratnya rutin harianmu. Namun terpaksa jua kucoret dan kutarika pena ini lantaran rinduku terhadapmu tak dapat aku bentengi lagi.








Duhai kalbuku,




ini dari aku, diriku dan rohku. Maka jgn kau ragui apa yang kukhabarkan htentangmu kelak. Mungkin aku belum lagi sempurna untukmu..menegurmu...mengawalmu.. atau apa sahaja keatasmu, namun kalbuku, engkau adalah amanah dari Penciptaku jua Penciptamu.Lalu atas dasar kasih dan tanggungjawab ini, aku layangkan jua buat mu apa yang terbuku..








Duhai kalbuku,




mengapa akhir ini kulihat dikau terlalu rapuh dan lemah? Mengapa terlalu mudah untuk menerima segala yang munkar? Mengapa terima sekalipun engkau tahu bhw engkau yang akan tersakiti? Mengapa biar dengki itu menyapamu.. lalu kau sambut dgn mesra dan senyum mekar..Mengapa biar cemburu membunuh belasmu? yang sekian lama kau semai atas dasar ukhwah di jalanNya








Duhai kalbuku,




Mengapa kau izin sumpah seranah itu menjadi temanmu? apa kau lupa duhai hati, bhawa itu akan memadam mesra dan kasihmu sesama sahabat jua saudara..Atas dosa apakah kau hukum mereka sesukamu? Atas sebab apakah kau izin keseronokan maksiat bermaharajalela di perkarangan singgahsanamu? yang selama ini kita hias lalu menjaganya bersama...




Atas salah apakah lantas begini hukummu padaku..








Duhai kalbuku,




Kukira kau amat tahu dan mengerti betapa aku amat menyayangimu. Kerna tida gantinya lagi selepasmu. Sedarlah bahawa kasihku padamu tiada terbatas lagi..




tiada lagi yang lebih kucinta dan kurindu kerna engkau adalah diriku dan aku adalah engkau wahai kalbuku.








Lantaran ikatan itu apa sahaja yang bertamu dan bersahabat dgn mu terus sahaja akan menjadi temanku dan akrab dgnku. Dan temanku itu nanti akn menjadi sebahagian dari hidupku dan jua hidupmu duhai kalbu..








Duhai kalbuku,




apakah itu mahumu? Apakah engkau mahu dengki itu menjadi amalanku? Apakah engkau mahu cemburu buta itu sikapku? Apakah kau terlalu ingin melihat aku gembira bersama dosa ku? Apa kau mahu aku membenci dan iri hati pada saudara seagamaku sendiri? atau kau terlalu ingin yang mazmumah itu menjadi perhiasanku?








Duhai kalbuku,




Jangan begini.. tolong jangan begini lakumu, kumohon duhai kasihku.. sungguh kupohon dari segenap jiwa ragaku agar jangan kau teruskan lagi permainan yang begini...




aku tak sanggup lagi membiar dirimu terus luka, gelap dan semakin menghitam.. lalu semakin jauh dari Penciptamu. Aku bimbang duhai kalbu, andai kelak masanya tiba kita akan dipanggil oleh Al Khaliq tanpa aku sempat merawatmu.Apa aku akan bertemuNya dgn kehitaman noda dosa yang kuhias padamu? Apa akan kujawab kelak pabila aku disoal akan tanggungjawabku untuk menjaga dan mengindahkanmu?




Apa duhai kalbuku? Apa?








Duhai kalbuku,




Kembalilah pada fitrahmu. Kumohon dan kurayu...Hiduplah dalam kasih dan redha Tuhanmu. Jangan kau biarkan lagi bisikan syaitan terkutuk itu singgah dan menapak di singgahsanamu.. Mari sucikan kembali halaman mu dengan tangis rayu di hadapan Illahi. Agar sinar keindahan hidayah dan taufiqNya bisa kembali lantas menerangimu dan takkan padam buat selamanya. Biar lakumu kali ini hanya drafa'kan buat yang selayaknya..Biar cinta kita kembali melayah di bawah keagungannya.. untuk selamanya..Insyaallah, Ameen.